30
Sep
09

Pasal muzik pun mahu gaduhkah?

Pelik, pelik pelik… Itulah perasaan aku apabila membaca keratan akhbar Malay Mail siang tadi. Korang nak tau pasal apa yang buat aku rasa pelik? Tak lain dan tak bukan adalah mengenai gamelan, instrumen muzik tradisional yang sudah sebati dengan masyarakat Malaysia. Tapi, apa yang peliknya kan?

Ceritanya begini… Dalam akhbar Malay Mail tu ada mengatakan sekarang ni rakyat Indonesia tidak puas hati dengan Malaysia kerana meletakkan instrumen gamelan sebagai alat muzik tradisional Malaysia sedangkan mereka mengatakan gamelan berasal dari Tanah Jawa. Oleh itu Malaysia tidak sepatutnya mengakui sesuatu yang bukan milik mereka. Pasal tu lah rakyat Indon hot. Malahan dalam keratan tu juga ada menyatakan mengenai pencanggahan pendapat diantara pakar sejarah Malaysia dan Indonesia. Si Malaysia cakap memang wajar gamelan diakui sebagai alat muzik tradisional Malaysia kerana gamelan yang dimaksudkan berbeza dengan gamelan dari Tanah Jawa. Si Indonesia pula cakap gamelan tetap berasal dari Jawa, tak kira sama atau berbeda-beda (kan dah keluar loghat Indon). Jadi, siapa yang betul?

Ni semua angkara tarian Pendet yang kecoh tak lama dulu. Disebabkan tarian itulah, kini Malaysia dan Indonesia sibuk berebut nak mengaku itu milik siapa, ini milik siapa… Padahal dulu tak ada pun orang nak kecoh pasal gamelan. Sekarang ni alat muzik yang tak bersalah tu pula jadi perhatian.

Bagi aku senang je… Kita ni serumpun. Tak kira lah gamelan ke, gitar ke, Siti Nurhaliza ke, Irwansyah ke, Doraemon ke (eh silap, tu milik Jepun! Kang tak pasal-pasal akan datang Korea pulak mengaku Doraemon tu milik dorang). Kalau dah serumpun, mestilah adat dan budaya tidak jauh beda (loghat Indon lagi!). Kenapa kita pula bergaduh atau berebut mengenai perkara yang kecil ni? Mungkin ada benarnya gamelan berasal dari Tanah Jawa. Dan mungkin ada benarnya gamelan Malaysia berbeza (kali ni baru betul!) dengan gamelan Tanah Jawa. But, so what? Tak salah pe kalau kita berkongsi. Aku rasa dunia tak kiamat lah kalau Malaysia mengaku Irwansyah lahir di Malaysia dan Indonesia mengaku Siti Nurhaliza berketurunan Jawa (maaf kak Siti, ini hanya perumpamaan)…

Jadi, dari asyik nak tunjuk sapa terer, kan lagi baik kalau kedua-dua negara yang berasal dari rumpun yang sama ni bersatu hati dan saling menghormati. Tak kiralah kalau gamelan tu siapa punya. Yang pasti bukan Ahmad Albab yang punya!

Lagipun, muzik atau alat muzik adalah sesuatu yang universal. Kan lagi elok kalau kita ketengahkan keunikan perkara itu agar dapat dinikmati dan dihargai oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira asal usul. Aku bukan nak cakap yang aku ni tak tahu hargai peninggalan budaya nenek moyang kita. Cuma aku rasa ada perkara diluar sana yang lebih penting yang perlu diatasi dari berebut pasal gamelan.

 Jadi aku nak usulkan kepada pihak-pihak yang asyik nak berebut ni, hentikanlah. Tak ada siapa yang untung pun. Dari kita sibuk berebut sesuatu di dunia ni, kan lagi elok kita berebut pahala sebagai belakan di akhirat kelak. Bak pepatah yang aku reka sendiri,

Irwansyah di Indonesia, Siti Nurhaliza di Malaysia, Di akhirat nanti kita tetap hambaNya…

Hehehehe… (Sorrylah kalau korang rasa pepatah tu mengarut. Memang mengarut pun! Ha, tu satu lagi pepatah aku…)

 

Sahir: Semalam Pendet, hari ni Gamelan, ntah-ntah esok lusa tanah pula jadi rebutan <–Yang ni bukan pepatah…

15
Aug
09

pergi tak kembali… insan bernama asri

Aku mengenali arwah sejak umurku 9 tahun. Masa tu, aku kerap temankan abah aku ke Kampung Sungai Penchala untuk berjumpa teman-temannya disana. Selalunya kami akan bermalam beberapa hari disana. Diwaktu itulah aku berjumpa arwah. Seorang yang lembut pertuturan dan tidak pernah lekang senyuman dibibir, arwah akan melayan setiap orang yang baru dikenali dengan penuh hormat tanpa sebarang prejudis. Tak kira muda atau tua. Termasuklah aku. Arwah yang aku maksudkan adalah Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim, ketua kumpulan nasyid Rabbani yang telah menemui Ilahi pada 13 Ogos 2009.

Aku ingat lagi, masa tu aku kerap ke studio rakaman (di Kg. Sg. Penchala) untuk melihat kumpulan nasyid Nada Murni merakamkan lagu. Ustaz Asri yang pada ketika itu menjadi vokalis utama kumpulan tersebut, akan sering menemani aku dan berborak jika ada masa terluang. Arwah suka bertanyakan tentang kehidupan di Singapura. Hubungan kami menjadi rapat, sehinggakan arwah akan melawat aku di rumah setiap kali dia datang ke Singapura. Seperti biasa, arwah murah dengan senyuman dan suka bergurau.

Pada suatu hari, dalam tahun 1992, aku menerima panggilan telefon dari arwah. Beliau menyampaikan satu khabar

Ustaz Asri Ibrahim

Ustaz Asri Ibrahim: 3 Ogos 1969 - 13 Ogos 2009

gembira dimana beliau akan berkahwin tidak lama lagi. Aku yang terkejut berbaur tidak percaya mengatakan arwah saja nak bergurau. Masakan tidak, orangnya suka bergurau sehinggakan aku sukar nak percaya walaupun itu adalah cerita benar. Namun, setelah bersungguh-sungguh meyakinkan aku, akhirnya aku percaya. Aku meletak gagang telefon sambil tersenyum kerana tidak sabar untuk menghadiri majlis pernikahan arwah. Tanpa disangka, itulah kali terakhir aku berhubung dengan arwah.

Tahun silih berganti, aku meningkat remaja. Dahulunya jika aku lebih terdedah dengan lagu-lagu nasyid yang didendangkan oleh arwah serta Munif Ahmad (vokalis Hijjaz yang dulunya juga adalah vokalis Nada Murni), kini aku lebih terpengaruh dengan irama muzik dari barat. Aku langsung tidak lagi mengambil tahu tentang perkembangan Ustaz Asri dan Nada Murni. Namun, apabila Raihan berjaya menembusi pasaran mainstream Malaysia, hatiku berdetik kembali. Apakah Ustaz Asri juga akan mengikut jejak Raihan?

Tidak lama kemudian, soalanku akhirnya terjawab. Ustaz Asri muncul dengan kumpulan Rabbani yang rata-ratanya juga adalah bekas anggota Nada Murni. Sejak mereka mula bertapak di industri muzik tanah air, pelbagai anugerah telah diraih. Berbagai pujian dihamburkan. Namun bagiku itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Aku sudah lama tahu kekuatan vokal arwah sejak dulu lagi. Sehinggakan suatu ketika dahulu aku bercita-cita ingin menjadi penyanyi nasyid, gara-gara dipengaruhi dengan alunan suara arwah sejak kecil.

Kini, arwah sudah pergi tak kembali. Walaupun sudah lebih 17 tahun aku tidak berhubung dengan arwah, aku masih tetap mengikuti perkembangan Rabbani. Biarpun sudah menjadi artis terkenal, arwah tetap merendah diri. Niatnya hanya satu, menyampaikan dakwah Islam melalui nasyid yang bertemakan ketuhanan. Tidak hairanlah, apabila berita kematian beliau tersebar seluruh negara, ramai rakan-rakan artis yang tampil memberi pujian terhadap diri arwah. Apa yang mereka perkatakan tentang arwah, samalah dengan arwah yang aku kenali sejak kecil. Seorang yang disenangi dan tidak pernah putus senyuman.

Walaupun arwah tiada, aku yakin legasi beliau akan tetap berterusan. Sebut sahaja nasyid, pasti nama Ustaz Asri akan terlintas di fikiran setiap peminat muzik tanah air. Cuma satu yang membuat aku terkilan, aku tidak sempat menemui arwah sekali lagi sebelum pemergian beliau. Semoga arwah ditempatkan dikalangan kekasih Allah. Al-fatihah…

 

Sahid: Tahun 2009 merupakan tahun menyedihkan apabila kehilangan beberapa figura terkenal dalam industri seni tempatan mahupun antarabangsa…

03
Aug
09

Papan tanda? apa tu??

Baru-baru ni, aku ada alami satu pengalaman yang boleh dikatakan melucukan. Masa tu, aku stop_no_entrytengah melepak di tingkat atas Mcdonald’s stesen bas Larkin sambil tunggu bas aku yang akan bertolak ke KL lagi 2 jam. Jam menunjukkan 11pm. Tiada siapa disitu kecuali aku. So datanglah satu mamat pekerja McD dan mula mengemas di bahagian atas. Sebelum tu, dia dah letak signboard “Maaf, bahagian ini ditutup” kat tempat masuk. Kiranya dia nak kemas dan tutup terus bahagian atas. Tapi masa tu, air aku belum habis, so dia kasi aku lepak lagi sementara dia mengemas.

Tapi yang bestnya, selang 10 minit, tengah dia dok sibuk mengemop, datanglah dua tiga pelanggan McD dan terus duduk di tempat yang baru dia kemas. Masing-masing buat muka tak bersalah. Padahal dah terpampang signboard sebesar alam kat pintu masuk tu. Apalagi, mamat McD tu pun terpinga-pinga lah pandang dorang. Aku tengok muka dia pun hampir nak tergelak. Tapi kesian pun ada. Mana taknya, tengah syok dia berkemas datang pula hamba-hamba Allah dan duduk makan disitu. Nak ditegur, pelanggan sendiri. Nak marah, signboard dah diletak dengan strategiknya didepan pintu. Last2, mamat McD tu pun sambung gak kerja. Tapi muka tatak sunyum la… Konfem dalam hati dia maki hamun dorang sebab tak reti bahasa (jangan dia maki aku sekali sudah).

Inilah masalah orang Malaysia. Memang kita ni dilahirkan untuk tidak ikut segala papan tanda yang ada ke? Itu baru di McD, belum lagi atas jalanraya. Penat2 gomen pasang papan tanda had kelajuan lah, jangan parking lah, jangan memotong lah, tang tu jugak dorang tak akan ikut (aku tak leh nak komen lebih2 pasal aku pun 2 x 5).

Ataupun orang Malaysia ni dah rasa dirinya bagus sampai tak nak ikut segala arahan atau perintah yang diberi. Ambil signboard McD tu sebagai contoh. Tulisan kat papan tanda tu bukannya kecil. Malahan ditulis dalam bahasa Melayu dan Inggeris lagi. Mungkin hamba-hamba Allah yang duduk di situ tak reti BM atau BI… Lepas ni nak kena syorkan gomen untuk buat signboard dalam berbilang bahasa, termasuk Russia, Italy, Perancis, Portugis… Kalau tak patuh juga, memang konfem kita ni buta huruf. Pak Abu, ini bukan huruf M, ini huruf Haa…

Aku harap sesiapa yang baca blog ni (termasuklah aku), tanam sifat bertimbang rasa dan peka dengan keadaan sekeliling. Segala papan tanda yang ada bukannya sekadar mencantikkan negara, tetapi ada sebab dan musababnya. Kalau mamat McD tu tak letak signboard “Maaf, bahagian ini ditutup”, sampai bila-bila lah dia tak leh nak habiskan kerja dia. Yelah, dia dok kemas, orang dok serakkan…

Oleh itu, sekalian rakyat Malaysia, marilah kita sama-sama mengambil langkah-langkah prihatin, nescaya keamanan dan kesejahteraan rakyat akan terjamin. Renung-renungkan, dan selamat beramal…

 

Sahir: Kalau aku mamat McD tu, konfem aku ambil signboard tu dan ketuk kepala dorang yang tak reti bahasa…

01
Aug
09

Festival Filem Dokumentari Malaysia 2009

Dan pemenangnya adalah….

ROSLI DHOBY!

Award winning assistant producer

award winning assistant producer

TAHNIAH AWAP!!!

Continue reading ‘Festival Filem Dokumentari Malaysia 2009’

30
Jul
09

Mana mahu tonton: Filem RM2 juta atau RM200 juta?

Sempena Festival Filem Malaysia ke 22 yang bakal berlangsung tidak lama lagi di Kota Kinabalu, aku ingin mengambil kesempatan ini untuk membincangkan tentang senario industri perfileman tempatan kita. Menerusi filem pertama Laila Majnun (1933) sehinggalah filem Setem (tayangan hari ini), sejauh manakah peningkatan filem kita?

Lebih enam dekad sudah berlalu, namun industri perfileman kita masih boleh dikatakan ketinggalan berbanding dengan negara-negara jiran seperti Thailand, Indonesia serta Singapura. Walhal suatu ketika dahulu, negara ini pernah gah dengan kehadiran pengarah-pengarah tersohor serta filem-filem yang kebanyakkannya memecah panggung. Jadi, dimanakah silapnya sehinggakan kemasyhuran Jalan Ampas kini hanya sekadar tinggal nama.

Kalau kita nak dok sembang pasal industri filem tempatan ni, samalah macam senario bolasepak negara. Sampai besok pun belum tentu habis. Pelbagai jari akan dituding dan pelbagai alasan akan diberikan. Akhirnya, masih ditakuk lama. Sekadar bergantung pada kegemilangan lepas untuk mengubat lara hati.

Oleh itu, persoalannya, apakah yang menyebabkan filem-filem kita belum mampu untuk menyaingi filem-filem yang diterbitkan dari luar negara? Tak perlulah kita bandingkan dengan Hollywood. Kita buat yang dekat dulu, seperti Indonesia. Beberapa tahun yang lalu, filem Ada Apa Dengan Cinta menjadi fenomena di negara ini sehingga beberapa penerbit tempatan cuba meniru formula yang sama dan menghasilkan filem bergenre cinta remaja. Namun, penghujungnya kutipan yang diterima masih tidak memberangsangkan. Mari kita ambil contoh, apa bezanya Apa Ada Dengan Cinta dengan Sembilu 2005? Dari segi kos? Barisan pelakon? Ataupun premis cerita?

Mengapa filem Ada Apa Dengan Cinta boleh meletup di Malaysia tetapi sebaliknya pula yang terjadi dengan Sembilu 2005. Jangan kata laku di Indonesia, di Malaysia sendiri penerimaannya suam-suam kuku. Adakah kerana selera penonton kita sendiri yang lebih mengagungkan filem luar berbanding filem tempatan? Tak pun penonton kita lebih menghargai filem-filem yang diselit unsur artistik serta estetik? Entahlah, aku pun susah nak bagi jawapan.

Apa yang pasti, menerbitkan filem ni memang satu kerja yang rumit. Selera penonton ni pelbagai. Kadang-kadang kita rasa filem ni ok, penonton pula tak suka. Adakala filem entah apa-apa, meletup pula kat panggung. So risiko buat filem ni memang ada. Tambah-tambah dengan masyarakat Malaysia yang majmuk.

Aku pernah tanya kat member aku sorang ni, kenapa filem kita susah nak laku? Tak macam kat Thailand atau Indonesia. Jawapannya senang je. Masyarakat kita berbilang kaum dan pelbagai bahasa. Kalau macam kat Indon atau Thai, diorang berpegang pada bahasa ibunda mereka, yang hanya ada satu, Bahasa Indon atau Bahasa Thai.  Tapi kita, bahasa ibunda ada banyak. Ada Bahasa Melayu, Bahasa Mandarin, Bahasa Tamil. Tu belum masuk orang kat Sabah dan Sarawak. Bila difikir-fikirkan balik, ada betulnya. Ini kerana majoriti filem-filem tempatan yang diterbitkan adalah dalam Bahasa Melayu dan tidak semua masyarakat di Malaysia ni fasih dengan Bahasa Melayu. Mereka lebih selesa dengan bahasa ibunda masing-masing. Jadi, disitu kita rugi dari segi penonton. Mungkinlah, aku pun tak berani nak jamin.

Satu lagi mungkin penonton kita sudah bijak memilih kualiti yang hadir dalam sesebuah filem. Iyalah, cuba bayangkan, antara Cicakman dan Spiderman, mana korang pilih? Aku boleh kerat jari majoriti akan pilih Spiderman. Mana taknya, ramai lebih rela habis RM10 untuk tengok mamat labah-labah loncat dari satu bangunan ke satu bangunan dari tonton mamat cicak panjat bangunan.

Itu aku cakap dari segi CGI dan special effects yang digunakan. Tapi bagaimana pula dari segi jalan cerita? Aku ada buat kajian sendiri. Sepanjang tempoh dua tahun (2007-2009), kebanyakkan filem-filem bergenre aksi , komedi dan seram menjadi pilihan penonton disini. Filem-filem seperti Jangan Pandang Belakang, Impak Maksima, Duyung, Bohsia dan Senario Ep 1 mendapat kutipan melebihi 2 juta! Tapi filem-filem seperti 1957: Hati Malaya, Diva dan Kala Malam Bulan Mengambang gagal mencecah RM1 juta biarpun jalan ceritanya menarik.

Disini membuktikan penonton di Malaysia gemar menonton filem-filem yang boleh menghiburkan serta memberi mereka ruang untuk berfantasi. Lelaki mana yang tak nak drift macam Awal Ashaari dalam filem Impak Maksima. Ataupun berangan jadi Saiful Apek yang digilai dua awek macam dalam Duyung.

Kesimpulannya, tak kira filem itu bernilai RM2 juta ataupun RM200 juta, yang lebih penting boleh menghiburkan penonton Malaysia. Mereka mahukan RM10 yang dibelanjakan berbaloi dengan filem yang ditonton. Kalau tak percaya, tanya Datuk Yusof Haslam….

 

Sahir: Tak sabar nak tunggu filem terbaru KRU, Merong Mahawangsa…

29
Jul
09

Eto’o vs Ibrahimovic

Who’s the better striker? Samuel Eto’o or Zlatan Ibrahimovic? This is one debate which I believe most footie fans would have trouble figuring. Let’s think about it, both are world class strikers, both are a success with their respective teams, and both have a point to prove to their previous team.

But why in the world would Barca paid 45 million plus Eto’o and Hleb (albeit on loan) for the services of Ibrahimovic? Aren’t both of them on par when it comes to quality? Swapping one to one without paying a single sen would have make perfect sense. No wonder Jose “The Special One” Mourinho quoted that Ibrahimovic cost more than Cristiano Ronaldo and Inter Milan has made a good deal. If Eto’o is as good as Ibrahimovic (I believe most would agree), then it means Ibra would cost 90 million! Inter got Eto’o for free (he too would cost 45 million) plus cash money 45 million for selling Ibrahimovic. Doesn’t that add up to 90 million?

So, are Barca doing a  good deal by paying that much to Ibra plus sending Eto’o the opposite way?

Real Madrid, watch out!

Real Madrid, watch out!

Or are they that desperate to match Real Madrid spending that they don’t mind exchanging their best striker for another striker which also includes cash money? It’s hard to say since neither of us were born with a Guardiola surname. Only Mr Pep Guardiola knows whats best for his team.

But then again, there is another aspect on why Barcelona didn’t mind splurging that much on Ibrahimovic. Apart from his on-field qualities, the length of contract he had with Inter Milan was another reason. Ibra had 5 years left on his contract whereas Eto’o only had one year left. Eto’o would have left Barca for free next season and that would have caused them more trouble, and definitely more money to spend. Obviously when that happen, I can bet most clubs would demand exorbitant fees for their star strikers. So, rather than taking the action of wait and see, Barca swiftly bought Ibrahimovic despite the additional 45 million they had to forked out. In the end, Barca did what is neccessary to maintain the club’s fortune without jeopardizing the quality of the team.

I mean, Ibra would definitely add more strength to the already powerful Barca attack. At least he has something which Eto’o lack; height. With Ibra leading the line and supported by an awesome midfield, even the best defenders would think twice. Maybe, just maybe, this new season will also be a history in the making with Ibrahimovic winning the Ballon d’Or for the first time. Pity that guy, he never made it in the top 5 all these while despite the qualities he displayed.

As for Eto’o, he made a good move by agreeing to join Inter Milan. Maybe not as glamorous or

To watch more Eto'o's skill, please tune in to Serie A

Doing the same skill in a different shirt

exciting as the La Liga, but at least he wouldn’t have trouble adjusting to Serie A based on his records. A prolific goalscorer, he may be the answer to rejuvenate the Italian league when most stars nowadays would opted for sunny Spain.

I believe Eto’o is one of those rare strikers who can scores tons of goals no matter where he plays. That man was borned to be a striker! With Diego Milito as his partner in crime, don’t be surprise to see Inter Milan emerging as one the underdogs to win this season Champions League.

As both players start their new lives with their new clubs, there is a sense of pity for the smaller clubs. With crazy transfer fees circulating in the market, only the richest can get the best players. The rest can only share a small portion of what is left in the transfer market. Come to think of it, if big clubs like Arsenal and AC Milan can keep losing their best players and keep failing to sign replacement players with the same quality, what chances do clubs like Fulham and Genoa have when it comes to signing world class players?

 

Sahir: Wonders if any EPL clubs are interested in Amri Yahyah after his heroic two goals display against Man Utd…

27
Jul
09

Hanya ada satu owen

4 perlawanan + 4 jaringan = Michael Owen. Itulah statitstik Michael Owen sepanjang perjelajahan

Lagenda baru jersi no. 7?

Lagenda baru jersi no. 7?

 Asia 2009 bersama kelab barunya, Manchester United. Bermula dengan bertemu Malaysia, sehinggalah menentang Greentown FC (kelab dari China), Owen mempamerkan sentuhan berbisanya yang masih belum tumpul. Siapa cakap Owen dah karat? Siapa bilang Owen dah tamat tarikh luput? Jika dinilai dari 4 perlawanan persahabatan sebelum ini, nyata tanggapan demikian jauh meleset.

Tak dinafikan, 4 musim bersama Newcastle United tidak menghasilkan sebarang kejuaraan. Malahan Owen melalui detik malap apabila kebanyakan masa dari 4 musim tersebut dihabiskan di bilik rawatan. Namun, perlu diingatkan, jumlah jaringan Michael Owen bersama The Toons boleh dibanggakan walaupun kerap cedera.

Kalau sesiapa yang mengikuti perkembangan karier Owen (terutama member aku yang dipanggil jon), sudah pasti akan mengakui kehebatan beliau tidak kira di mana beliau bermain. Liverpool, Real Madrid, Newcatle United dan terkini Machester United, semuanya berjaya merasai sentuhan gol Michael Owen (betul tak jon?).

Malahan, cuba namakan seorang penyerang England masa kini yang memang akan menyudahkan 9/10 setiap peluang yang hadir apabila berada dalam kotak penalti? Rooney? Hebat tetapi belum cukup prolifik. Defoe? Sekejap bagus, sekejap tak. Crouch? Masih belum diuji apabila berdepan pasukan gergasi. Agbonlahor? Muda dan perlu banyak dipelajari. Kali terakhir pun adalah Alan Shearer. Itupun beliau sekarang dah pencen. Oleh itu, tidak adil rasanya jika Owen terus dibidas semata-mata kerana masalah kecederaan yang dialami sebelum ini.

Keputusan Sir Alex mengambil Owen apabila yang lain sudah putus harapan nyata mengejutkan banyak pihak. Yalah, masakan kelab gergasi Inggeris yang punya banyak wang (duit jual Ronaldo) sanggup mengambil risiko dengan seorang pemain yang dilabel sudah hilang sentuhan. Namun, perlu diingatkan, bagi Sir Alex yang sudah puluhan tahun berkecimpung dalam dunia pengurusan kelab, keputusan yang dilakukan bukanlah keputusan membuta tuli.

Sir Alex melihat Owen sebagai penyudah semulajadi (natural finisher – betul ke bahasa melayu yang aku pakai ni?). Tidak seperti Rooney,atau Berbatov, kehadiran Owen membawa satu dimensi berbeza dalam sistem serangan United. Ianya seolah-olah kembali ke zaman silam dimana formasi 4-4-2 dikembalikan. Kalau diingat kembali, masa itu Dwight Yorke dan Andy Cole menjadi penyerang dan dibantu oleh Beckham dan Giggs di sayap kanan dan kiri. Tetapi, sepanjang Cristiano Ronaldo bersama United, Sir Alex lebih menerapkan formasi 4-3-3 yang juga antara formasi kegemaran kebanyakkan kelab Eropah.

Kini, dengan adanya Owen, United boleh bermain 4-3-3 ataupun 4-2-2 secara seimbang. Owen dan Rooney/Berbatov didepan, manakala Valencia/Ji-sung dan Tosic/Nani di bahagian sayap (4-2-2). Tak pun Owen, Rooney dan Berbatov didepan, Anderson, Carrick dan Hargreaves meneraju jentera tengah (4-3-3). Itu belum lagi termasuk Macheda, Scholes, Giggs dan Fletcher. Perrgh, memang ada potensi untuk pertahankan EPL.

Sorry, termelencung jauh. Berbalik pada Owen, satu kelemahan yang bakal dihadapi adalah masalah kecederaan beliau. Jika Owen cergas, sudah pasti potensi untuk menjaringkan gol memang ada. Tetapi, jika dia kerap cedera, sudah pasti ramai yang akan mengejek Sir Alex sebab kedekut duit untuk beli pemain baru.

Apapun, kehebatan Owen akan dinilai akhir musim nanti. Apakah beliau akan membawa sial Newcastle ataupun tuah Liverpool? Yang pasti, memang hanya ada satu Michael Owen sahaja. Ini terbukti dengan jaringan yang dilakukan sepanjang tempoh perjelajahan Asia 2009. Gol-golnya semua adalah jenis gol tipikal Michael Owen. Menyusup masuk secara senyap, ataupun menyudahkan hantaran dari rakan. Tak ada sesiapa yang boleh melaksanakan gol-gol tersebut kecuali Michael Owen.

 

Sahir: Kalau Owen kurang cedera, cerahlah potensi England untuk menang World Cup 2010. Itupun kalau Encik Capello nak panggil…

25
Jul
09

Batalion Kebal

Kebal… Bermaksud mustahil untuk ditembusi. Dalam ertikata Inggeris, Invincible… Perkataan begini sering digunakan kepada pahlawan atau pendekar yang mempunyai ilmu pertahanan diri yang tinggi. Namun, apa yang terjadi jika kebal itu dikaitkan dengan sebuah batalion askar? Yang tidak punyai sebarang senjata canggih atau strategi perang yang mengagumkan? Hanya sekadar bersandarkan pada jolokan kebal. Walaupun hakikatnya kebal yang dimaksudkan bukanlah jenis kebal yang tidak lut oleh senjata, tetapi kebal dari segala penindasan dan penyingkiran.

Demikianlah yang terjadi kepada batalion ini. Berbeza dengan batalion-batalion lain yang ditindas, mereka terkecuali. Malahan tenaga batalion ini ditambah dengan kehadiran soldadu-soldadu baru. Melihat keadaan ini, maka timbullah perasaan bongkak serta angkuh di dalam diri mereka. Kami kebal! Kami hebat! Begitulah laungan yang mereka jeritkan. Masing-masing mula lupa diri. Masing-masing mula tunjuk taring. Tiada siapa berani menentang kami! Mereka menjerit lagi.

Kekebalan mereka semakin menjadi-jadi. Kebal dari rasa rendah diri, kebal dari semangat bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Benar, mereka memang bersatu. Tetapi hanya bersatu demi kepentingan sendiri. Jika ada batalion lain yang ingin bersatu, akan mereka perlecehkan. Jika ada batalion lain memerlukan bantuan, akan mereka menidakkan. Bagi batalion kebal ini, keselamatan serta kejayaan sesebuah negara hanya bergantung kepada mereka sahaja. Kamilah tunjang utama! Mereka terus menjerit.

Jika diberi sebuah misi, batalion ini akan bertindak mengikut suka mereka. Tidak mengambil kira baik atau buruk, mereka terus menyerang. Apatah lagi mendengar nasihat atau pandangan dari batalion-batalion lain yang dianggap hanya sekadar menumpang. Kejayaan kecil yang diraih, seluruh kampung akan dijaja ceritanya. Kan kami dah cakap, kami memang hebat! Mereka masih tidak berhenti menjerit.

Rasa kebal yang wujud dalam batalion ini menyebabkan batalion lain terpaksa mengalah. Masakan tidak, jika tersilap langkah, padah akibatnya. Sebutir peluru dilepaskan, akan mereka berbalas dengan dentuman peluru dari AK14. Tiada siapa berani menentang. Tiada siapa berani melawan. Hanya sekadar tunduk dan akur dengan kekebalan batalion ini.

Namun, bila difikirkan kembali, apakah untungnya menjadi kebal? Adakah kebal di negara sendiri bererti kebal di negara orang? Apakah kehebatan batalion ini mampu menyaingi kehebatan batalion dari negara lain? Jawapannya mungkin ya, mungkin tidak.

Yang pasti, mereka kebal bukan kerana hebat. Mereka kebal kerana ditanam sifat kebal oleh pegawai-pegawai atasan. Kata-kata pujian serta kelebihan yang diberi melihatkan mereka seolah sebuah batalion kebal. Tidak lebih dari itu.

Jika laungan kebal masih didengari, jika gelaran kebal masih berkekalan, hanya masa akan menentukan keutuhan sesebuah negara yang bergantung kepada batalion kebal ini. Sudah pasti soldadu-soldadu dari batalion lain akan mengundur diri dan membina batalion baru di negara lain. Apa gunanya berperang, jika diri sudah tidak diperlukan.

Percaturan strategi tidak diperlukan. Perancangan rapi bukanlah aspek utama. Yang penting, angkat senjata dan terus tembak. Janji keluar peluru. Begitulah tanggapan mereka. Tanggapan dari batalion kebal. Kami memang kebal! Laungan mereka masih kedengaran…

 

Sahir: Sedih melihat soldadu-soldadu hebat yang rebah tanpa penghargaan…

12
Jul
09

Wind Of Change

They did it again! Who, you may ask. Who else, Real Madrid of course (You expect me to talk about some gossip other than football? You must be reading the wrong blog). As you are reading this by now, The Whites had already snapped Karim Benzema for reportedly $35 million. And the worst thing is, they snatched him under the noses of The Red Devils! Yup, you read it right. United lost another player, again. First Kaka. Now Benzema. Who’s next? Ribery?

But, I’m not gonna go all sour on the incompetence of United in signing a star player (what can you say, nowadays money come first, then trophies). In fact, I’m gonna write about the wind of change that is happening across Europe, literally in the league scene.

Remember Marco Van Basten, Ruud Gullit, Christian Vieri, Ronaldo (the brazilian, of course) and Schevchenko? Who were they? Well, great players that used to grace the pitch not so long ago. And where were they playing when they are in the peak of their careers? Where else, the Serie A of course! You see, more than 10 years ago Italian league is considered as the best league in the world. Most star players would sign for the likes of AC Milan, Juventus and even Lazio! Despite its boring tactical and catenaccio approach (as most italian clubs are associated with that tactic), many believed the Serie A is the strongest as compared to the English or Spanish League. Who could blame them? Those teams during that time boast world class players as opposed to other European clubs. Not to mention the amount of times an Italian club reach the Champions League final.

But soon, the tide changed. Gianfranco Zola and Dennis Bergkamp, two world class players, came to EPL and revolutionzed the league. Fyi, long before a young man named Cristiano Ronaldo storm through the EPL, there was a player whose flicks and tricks are a joy to behold. His name; Gianfranco Zola. And sadly, he played for Chelsea (Chelsea fans, I’m just joking).

Anyways, since that, more and more A-list players came and grace the pitches of EPL. Robinho, Xabi Alonso, Petr Cech, Michael Ballack, Ruud Van Nistelrooy, CR9 (you know who) and me (just kidding!). From Serie A to EPL. That’s how the tide changed. And what was the result? In 1999, Man U won the Champions League. Followed by Liverpool in 2005. Then it was United again in 2008. Not to mention Liverpool CL final appearance in 2007. And the all-English final between Chelsea and Manchester United. Most recently, United’s CL final lost to Barcelona.

In the past 10 years, 5 CL finals that had an English club in it. Plus, the arrival of sugardaddies Roman Abramovich, the Glazer family and the Arabs really put the English in a league of its own. But as the saying goes, good things never last. The same can be said for the EPL. Now, the wind has change and blowing to sunny Spain.

Yup! Mr. Fate felt that EPL has lost its magic and decided to move to Real Madrid… Sorry, I mean La Liga. Barcelona triumph over United mark a new era for the Spanish league. The re-elected Florentino Perez added more proof that this time, it’s gonna be the La Liga’s turn, for God knows how long. Come on lah, Florentino Perez + Real Madrid = Star players bought for exorbitant fees. To put it mildly, The Galacticos.

So now it seems more and more players are changing direction to sunny Madrid than rainy Manchester. Don’t believe me? Let see, best player in EPL? Madrid. Best player in Serie A? Madrid. Best young player in French Ligue? Madrid. Best player in Bundesliga? Almost Madrid (provided Ribery is not motivated by money and glamour).  Whether Real Madrid are going to win the Champions League is a different matter altogether.

With Barcelano still retaining the core of last year’s successful team, there is no doubt the boys from La Liga will turn up the heat in this new season. Messi, Ronaldo, Iniesta, Xavi, Forlan (damn, they even had Europe top goalscorer in their league), Kaka, Benzema and Aguero. Those very same names in the very same league. What a blast that would be. Fans of football would be salivating at the thought of them battling it out week in week out.

With majority of them still under 30, except Forlan, it would be some time before another league takes their place and be throned as the best league in the world. But, which league can be considered worthy enought to take the crown?Currently, Bundesliga and Russian league are on the rise. The success of Zenith St. Petersburg and the modest Wolfsburg showed that it’s a matter of time before the worlwide football fans sits up and took notice of them. And who knows, both team might meet in a Champions League final of of these days.

As for the EPL, the only consolation is that Xabi Alonso and Javier Mascherano are still plying their trades in Liverpool. So too are Fabregas, Rooney, Robinho and van Persie. And hopefully Ribery, Eto’o, Huntelaar and Pirlo will be joining the English league soon. May not be as galactico as Real Madrid, but at least they can still crash Real Madrid’s party when the Champions League is concerned.

 

Sahir: How come no big clubs are enquiring about Podolski before he moved to FC Cologne? He is, without a doubt German’s most exciting striker.

01
Jul
09

The new no. 7?

The next Ronaldo or Beckham?

"Runs like Ronaldo and cross like Beckham"

Filling big shoes are never easy, especially when your name is Cristiano Ronaldo. With the arrival of Antonio Valencia to Manchester United from Wigan Athletic, there is no doubt who would be filling those shoes. But, will it fit?Can Valencia cope with the pressure and produce the goods like Ronaldo did week in week out? Let’s not forget, Ronaldo not only create goals, he also scores them. Tons of it to be precise. So, can a young man from Ecuador who has 27 international caps to his name do what Ronaldo did in the past six seasons?

As history shows, United has been producing world class players bearing that sacred number. George Best, Eric Cantona, David Beckham and most recently Cristiano Ronaldo are example of players who had been running on the Old Trafford turf wearing that number 7. All of them are players with special qualities that can produce a moment of magic. Who could forget Best mazy dribble down the flank and taking on his opponent despite not wearing any shin guards. Or Beckham’s deadly cross that has put Nistelrooy’s name as one of the most lethal striker of his generation. Not to mention Cantona’s infamous kung fu kick that got him banned the whole season (You may beg to differ, but I still find it worth a mention). These are the qualities that put United’s number 7 in the league of his own. And now with the arrival of Antonio Valencia, United are going through the same traditional path. Now why would I say that?

You see, if you look back through the years when those players are given the number 7, they are unknown players with raw potential. Like an unpolished diamond. Take for an example, Cristiano Ronaldo. He was bought for 12.5 millions (more or less I guess) from Sporting Lisbon after he mesmerized the United defence during a friendly match. Who was he then? A show pony young man who loves to do too many step overs without any effective results. But look where he is right now. Best player in world? Check. Top goalscorer? Check. Can score and assist? Check. Then, what about David Beckham? A young promising winger who can deliver a mean cross with his deadly right foot. And now becomes the most marketable player in world football (I guess that throne will be handed over to Ronaldo sooner or later). I can go on with Cantona and Best but you get the gist.

This shows that the number 7 is a sacred number that only being worn by a player who is yet to fulfill his potential. Without doubt, Valencia is in the same mould. Playing a more direct role compare to Ronaldo, Valencia will become a valuable asset to the team especially with his crosses. And like Ronaldo, he loves to take on his man. But there lies two problems. The only tall striker in United’s rank is Berbatov. But unlike Nistelrooy, he isn’t an out and out striker. Who to nod the ball into the net when Valencia’s cross comes in? Definitely not Rooney. Imagine him against the like of John Terry or Martin Skrtel. He’ll stand no chance when challenging in the air. Second problem is Valencia himself. Untested in the Champions League, there is no guarantee he can compete head to toe against the European giants.

So, back to the main question, can he fill the gap left by Cristiano Ronaldo? If he is consistent enough, no doubt he can do the job. Blessed with more pace than Beckham, and similar trickery like Ronaldo, although not as prolific, he has a chance to shine. Maybe not this season (heck, Ronaldo took more than 2 seasons before people acknowledge his talent – no thanks to his diving). But who knows, with more time gelling with his new teammates and learning to play United way, Valencia might turn out to a worthwhile buy. And who says dream don’t come true? Not when you are playing at the Theatre of Dreams…

 

Sahir: United’s best ever number 7? That’s a tough call between Cantona and Best.




May 2024
T W T F S S M
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031